Friday, May 8, 2009

Salina


Buku karangan Samad Said ini sangat memberi kesan yang mendalam kapada saya. Sungguhpun banyak buku2 lain saya baca namun buku ini sentiasa terpahat kisahnya dalam benak saya. Ianya mengisahkan empat watak utama iaitu Salina, Hilmy, Nahidah dan Fakarudin dan ceritanya berkisar di kawasan murahan di Singapore sebaik sahaja lepas perang dunia kedua.


Demi kemiskinan yang melarat Salina terpaksa menyara hidup dengan cara yang terhina sekali iaitu sebagai saorang pelacur. Dia kehilangan kekasihnya yang sangat dicintainya semasa dalam perang. Fakarudin yang jahat dan tiada sebarang pekerjaan menjelma dalam hidup Salina kerana dia betul2 menyerupai kekasihnya yang telah hilang. Namun Fakarudin selalu memukul dan menyiksa hidup Salina, dan Salina pula terpaksa berpaut denganya demi cintanya yang telah hilang.


Hilmy pula saorang jejaka muda yang juga jiran Salina. Demi kemiskinan yang melarat Salina sayang kepadanya dan sering membantunya dalam hidup seharian dan juga persekolahanya. Nahidah pula seorang gadis jelita pujaan Hilmy. Mereka berkawan dan mempunyai perasaan hati terhadap satu sama lain. Kehidupan mereka dikampung yang serba kekurangan ini berjalan dengan indahnya bilamana Salinalah yang sentiasa mempunyai kemampuan untuk berbelanja.


Fakarudin yang hidup memakan hasil pencarian Salina, suka berpoya-poya dan mabuk-mabuk sahaja. Sehinggalah satu hari dia telah merogol Nahidah semasa Salina keluar bekerja. Nahidah sangat kecewa diatas kejadian itu terpaksa lari meninggalkan Singapore. Tinggallah Hilmy dalam kekecewaan dan Salina pula meratapi kehilangan Fakarudin yang juga telah menghilangkan diri akibat kejadian itu.